BDJ’s Breakfast with MD

Warga Baiduri Dimensi Johor bergambar kenangan bersama Dato’ Seri Musa B. Mohammad

    

‘Breakfast with MD’ telah di adakan buat pertama kali di Baiduri Dimensi Johor  pada 21hb November 2019, Khamis. Seramai 50 staff BDJ telah menghadirkan diri untuk bersama-sama menikmati peluang bertanya soalan sambil menikmati juadah sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

Dato Sri Hj Musa B. Mohammad iaitu Managing Director bagi kumpulan Baiduri Dimensi berbesar hati meluangkan masa beliau untuk turun padang dan bersama-sama staff BDJ untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga pada  En. Roslan Effendi Zahari selaku HR Director dan juga En. Faizal B. Abd Rahaman yang turut sama dalam menjayakan program ini.

Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Pelbagai persoalan samada hal peribadi dan juga berkaitan perihal kerja telah di utarakan dan di jawab oleh Dato’Sri secara berhemah. Semua pekerja amat berpuashati dengan jawapan yang diberikan dan rata-rata semua menyokong penuh usaha Dato’ dalam memajukan lagi Baiduri Dimensi Johor.

               

Juadah Sarapan : Nasi Lemak, Nasi Ambeng, Roti Canai dan kuih muih

               

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked