3 Pemandu Prime Mover Terbaik Di Baiduri Johor ( Top 3 )

19 Julai 2019 – Baiduri Dimensi Johor meraikan penerima-penerima Anugerah Pemandu PM Terbaik bagi Penggal 1 tahun 2019 (Januari – April). Majlis disempurnakan oleh Dato’ Sri Musa B. Mohammad, Pengarah Urusan  Baiduri Dimensi Group. 

Majlis diraikan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pemandu –pemandu PM Baiduri Dimensi yang telah menyumbangkan perkhidmatan cemerlang bersama Baiduri Dimensi Johor sepanjang bulan Januari hingga April 2019. Pemilihan penerima anugerah pemandu Top 3 tersebut adalah berdasarkan prestasi dari aspek rekod  pendapatan yang tinggi, penyiapan kerja mengikut masa , rekod kedatangan cemerlang, berdisiplin dan lain-lain lagi.

Tiga (3) pemandu terbaik yang telah dipilih berdasarkan mata yang dikumpul dari hasil kerja mereka adalah En. Asri B. Abdullah, En Mohd Faiz B. Aman dan En. Rozlan B. Tompang.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada pemenang dan kepada pemandu-pemandu lain di harap dapat memberi persaingan sihat untuk bersama-sama mencapai anugerah yang sama untuk penggal yang seterusnya.


Pemenang Top 3 bergambar kenangan bersama Pengarah Kumpulan Baidui Dato’ Sri Musa B. Mohammad, Pengarah Kumpulan  Sumber Manusia En. Roslan, Pengarah Operasi Baiduri Johor, En Faizal dan juga pengurusan Baiduri Johor; Cik Syilah & En Sakri.
JUARA untuk bulan Januari  – April 2019; En. Asri B. Abdullah
Tempat Ke 2 untuk bulan Januari – April 2019; En. Mohd Faiz B. Aman
Tempat Ke 3untuk bulan Januari – April 2019; En. Rozlan B. Tompang
Top Three Driver for 1st Quarter (Jan – Apr 2019)
Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked